ARTIKEL

Bina 6 lagi stesen pengisian hidrogen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membina enam lagi stesen pengisian hidrogen untuk memenuhi jangkaan keperluan sektor pengangkutan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dua daripada stesen berkenaan akan ditempatkan di Kuching serta masing-masing satu stesen di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Hasil penyelidikan ini akan membantu kita dalam langkah seterusnya mengenai penerapan sel hidrogen sekali gus memberi manfaat kepada Sarawak dengan membuka potensi peluang eksport ke pasaran global.

“Kita kini sedang menguji tiga bas hidrogen di jalan raya sebagai sebahagian daripada penyelidikan mengenai daya maju bahan api ini di bawah pemilikan dan pengurusan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kelestarian (Saref) anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB) di BCCK di sini, semalam.

Menurut Abang Johari, SEB dengan kerjasama Linde turut menubuhkan Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisian Hidrogen yang pertama di Asia Tenggara di Kuching pada tahun ini.

“Ia juga merupakan perintis kemudahan penyelidikan yang memberi pemahaman lebih besar ke arah sektor pengangkutan hijau.

“Selari dengan itu, kita akan terus mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil agar rakyat dapat menikmati pengangkutan awam yang moden dan efisien dengan impak minimum terhadap alam sekitar,” jelasnya.

Katanya lagi, Sarawak juga memanfaatkan kewujudan tenaga lain seperti digitalisasi untuk penambahbaikan dan inovasi sebagai tambahan kepada usaha penguraian tenaga boleh diperbaharui.

“Kita sedang mengkaji dan melihat kepada pembangunan bandar pintar dengan grid tenaga pintar yang merangkumi “Internet of Thing” (IoT) dan data raya nuntuk meningkatkan kecekapan, kemampanan dan kebajikan rakyat.

“Semua ini memerlukan tenaga, sekali gus memastikan kita mencapai keselamatan tenaga pertama untuk perkembangan fasa seterusnya,” ujarnya.

Seramai 500 pakar dan ketua agensi tenaga dari pelbagai negara menyertai forum kali ini yang turut dihadiri oleh Duta Muhibbah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Michelle Yeoh.

Menteri Utiliti Datuk Seri Stephen Rundi Utom serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian antrara yang turut hadir.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU