ARTIKEL

Bina Anjung Usahawan di seluruh negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Anjung Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negeri untuk membantu usahawan memasar dan menjual produk tempatan, jelas Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

Menurutnya, Anjung Usahawan merupakan salah satu platform yang menyediakan kemudahan kepada usahawan antaranya alamat untuk pendaftaran syarikat, gerai makanan, lot kedai, ruang pejabat dan bilik mesyuarat.

“Anjung Usahawan menjadi platform untuk usahawan bumiputera tempatan memasarkan serta mengembangkan lagi produk milik mereka.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak merancang untuk membina lebih banyak lagi Anjung Usahawan di negeri ini bagi menggalakkan lebih ramai usahawan dan peniaga mengambil bahagian,” katanya pada Majlis Perasmian Anjung Usahawan Limbang di pekarangan Anjung Usahawan Limbang di sini, pada Isnin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang antara yang hadir.

Naroden berkata, orang ramai perlu memanfaatkan segala perancangan dan program yang disediakan oleh kerajaan menerusi beberapa agensi di bawahnya.

Jelasnya, banyak kemudahan dan bantuan yang diberikan Kerajaan Persekutuan antaranya Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga, Amanah Ikthiar Malaysia dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

“Malah, Kerajaan Sarawak turut menyediakan kemudahan pinjaman kepada usahawan menerusi Skim Pinjaman Kecil dan Sederhana yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak,” tambahnya.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Sarawak juga mencadangkan kemudahan Skim Kredit Mikro untuk golongan B40 dan ke bawah bagi membolehkan mereka menceburi bidang keusahawanan.

Menurutnya, skim ini merupakan ilham yang dicetuskan oleh Ketua Menteri untuk memberikan kemudahan pinjaman yang lebih mudah berbanding pinjaman sedia ada.

“Skim ini akan dilancarkan oleh Ketua Menteri pada hujung bulan ini ataupun awal bulan hadapan.

“Jika pinjaman RM10,000 ke bawah, insya-Allah kita cadangkan kepada Kerajaan Sarawak supaya pinjaman itu dijadikan pinjaman tanpa faedah, manakala pinjaman lebih RM10,000 hingga maksimum RM40,000 bayaran semula adalah empat peratus sahaja,” jelasnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan