ARTIKEL

Bina daya tahan diri anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

EVOLUSI dan perubahan berlaku pantas dalam dunia hari ini.

Sebagai ibu bapa, keinginan untuk melindungi anak daripada liku kehidupan adalah normal.

Bagaimanapun, kita harus memupuk mereka agar berdaya tahan untuk hidup berdikari. Ini penting membolehkan mereka bangkit apabila gagal dan menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Daya tahan bukan sifat semula jadi dan biasanya diperoleh daripada faktor luaran.

Setiap pengalaman dalam hidup membantu membina daya tahan.

Galakkan anak anda meneroka persekitaran mereka secara berdikari.

Sesetengah ibu bapa mungkin mempunyai kenangan manis menangkap ikan di longkang berdekatan rumah, memburu katak atau berudu atau mungkin bergelumang dalam lumpur di padang ketika bermain bola sepak selepas hujan.

Jangan nafikan peluang untuk anak anda menimba pengalaman dan kenangan mereka sendiri.

BERMAIN DI LUAR

Kanak-kanak harus meluangkan sekurangkurangnya satu jam untuk bermain di luar setiap hari seperti berbasikal, berjalan, berlari atau bermain di taman berdekatan.

Hujung minggu menjadi masa terbaik untuk diluangkan bersama-sama keluarga seperti berkelah di taman atau di tempat rekreasi lain, menikmati suasana di pantai dan berkhemah.

Bermain di luar penting agar kita memperoleh vitamin D daripada matahari.

Ia juga memberikan anak peluang meneroka kekuatan, kebolehan dan kelemahan mereka menerusi risiko yang terkawal.

Aktiviti taman permainan yang ringkas boleh mencabar anak anda untuk jadi lebih berani, berdikari dan tabah.

Bermain sorok-sorok boleh mencabar mereka menjadi lebih pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi atau keadaan.

Bermain dengan kanakkanak lain membantu membina stamina dan persaingan sihat.

Terdapat juga aktiviti lain yang menarik seperti mendaki tembok, luncur ais dan taman trampolin.

Sekiranya cuaca tidak mengizinkan untuk keluar (akibat hujan atau jerebu), gunakan kreativiti dan benarkan anak anda bermain permainan tradisional di dalam rumah.

Tubuh kuat bermakna anak anda kurang jatuh sakit, jadi anda tidak perlu bimbang apabila dia bermain di luar.

Walaupun mendedahkan mereka kepada lebih banyak kuman dan bahaya lain, pendedahan ini akhirnya menjadikan tubuh lebih kuat.

Sesetengah saintis percaya kepada ‘hipotesis kebersihan’ yang menyatakan zaman kanak-kanak yang terlalu terkongkong dengan pendedahan yang sangat sedikit kepada kuman, bakteria dan mikroorganisme lain, boleh menghalang sistem imun daripada mencapai potensi sepenuhnya, lalu kanak-kanak itu mungkin membesar menjadi dewasa yang mudah jatuh sakit atau terkena alahan.

BERITA LAIN

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

Pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB

SELANGOR Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 dalam kejohanan Mid

BERITA TERBARU