Trending

Bina hospital pakar di Sibu, kemudahan masyarakat setempat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Oscar Ling Chai Yew

SIBU: Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew menggesa Kerajaan Sarawak mempertimbangkan keperluan mendesak rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan hospital pakar di sini.

Menurutnya dalam satu kenyataan semalam, dengan adanya hospital pakar di sini, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan lain yang berdekatan sekali gus mengurangkan beban penduduk untuk mendapatkan rawatan khusus di Kuching.

Katanya, Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching sudah mempunyai perkhidmatan rawatan kanser lebih komprehensif termasuk hospital swasta di Kuching.

“Hospital kerajaan mahupun hospital swasta di Sibu berdepan dilema kekurangan perkhidmatan rawatan kanser.
“Dengan populasi ratusan ribu penduduk di kawasan tengah Sarawak, terdapat keperluan mutlak untuk membina hospital kanser untuk merawat pesakit,” katanya.

Ling juga mencadangkan supaya kerajaan membina sebuah hospital rawatan kanser di Sibu.

Tambahnya, bukan sahaja akan menyelesaikan kekurangan di Hospital Sibu, tetapi membawa pusat rawatan dan penyelidikan kanser yang lebih disasarkan ke Sarawak.

“Tidak akan ada kerugian sama sekali kepada Sarawak jika menubuhkan hospital tersebut di Sibu,” katanya.

Sementara itu menurutnya, beliau memaklumkan kepada Menteri Kesihatan dengan isu lokasi pembinaan Hospital Kanser Sarawak selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan yang diadakan di Parlimen, petang Isnin.

Katanya, Hospital Sibu tidak pernah mempunyai perkhidmatan radioterapi, dan orang ramai terpaksa pergi ke Kuching untuk mendapatkan rawatan.

“Rawatan pesakit mengambil masa yang lama, selalunya mengambil masa beberapa minggu, dan yuran serta kos penginapan merupakan perbelanjaan yang besar untuk keluarga berpendapatan rendah, yang sering tidak mampu dibayar oleh kebanyakan keluarga.

“Jadi adalah satu keperluan yang amat mendesak untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kanser di kawasan wilayah tengah.

“Lebih-lebih lagi sekarang apabila ada individu yang sudi menderma tanah untuk pembinaan hospital itu, ia adalah masa yang sesuai.

“Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan tanah.

Ia juga menggambarkan bahawa masyarakat Sibu amat prihatin terhadap isu ini,” jelas beliau.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah