HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Bina lebih banyak kemudahan infrastruktur untuk usahawan luar bandar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Ewon Benedick ketika ditemui media.
Datuk Ewon Benedick ketika ditemui media.

KUCHING: Kerajaan Persekutuan merancang untuk membina lebih banyak kemudahan ruang niaga dan infrastruktur untuk usahawan serta peniaga kecil luar bandar Sarawak bermula tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, beliau berharap perkara tersebut akan dilaksanakan oleh salah satu agensi di bawah kementeriannya yang mempunyai kepakaran kejuruteraan.

Datuk Ewon Benedick (tiga kiri) Melancarkan Galeri Jualan Baharu UDA Sarawak di Pusat Beli-Belah Sarawak Plaza di sini, hari ini.

“Antara lain saya mahu melihat UDA Holdings Berhad (UDA) iaitu peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset untuk mengambil bahagian dalam pembangunan infrastruktur kepada peniaga kecil khususnya di luar bandar.

“Saya amat yakin usaha tersebut dapat dimulakan pada tahun ini kerana Uda adalah satu-satunya agensi di bawah kementerian yang mempunyai kepakaran dalam pembinaan kejuruteraan dan pembangunan infrastruktur termasuk bagi usahawan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Galeri Jualan Baharu UDA Sarawak di Pusat Beli-Belah Sarawak Plaza di sini, hari ini

Menurutnya pembinaan kemudahan tersebut merupakan salah satu cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sarawak selain daripada pembangunan hartanah di daerah-daerah lain di negeri ini.

“Saya menghargai pandangan Kerajaan Sarawak khususnya berkaitan dengan premis-premis perniagaan yang memerlukan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Sememangnya inilah fokus baharu kami dan bermula tahun ini kementerian akan menyediakan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur premis kepada para peniaga kecil,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 April 2023

Berita Terbaru