Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Bina lebih banyak taman permainan kanak-kanak di pekan kecil

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Fatimah merasmikan Simposium Pendidikan Awal Kanak-Kanak ‘The Power of P.L.A.Y’ di sini, hari ini.
Fatimah merasmikan Simposium Pendidikan Awal Kanak-Kanak ‘The Power of P.L.A.Y’ di sini, hari ini.

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan diminta untuk memperluaskan pembinaan kemudahan taman permainan kanak-kanak di seluruh pelusuk Sarawak khususnya di kawasan pedalaman.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, taman permainan penting untuk perkembangan dan pertumbuhan sosial, psikologi serta emosi kanak-kanak.

“Kalau dilihat, kemudahan tersebut banyak dan didapati di kawasan pekan atau bandar besar. Tetapi saya juga mahu melihat kemudahan yang sama diperluaskan ke pekan-pekan kecil di peringkat daerah atau daerah kecil.

“Ini supaya masyarakat di kampung, rumah panjang dan sebagainya mempunyai akses terhadap penggunaan taman tersebut kerana ia penting dalam membentuk suasana santai dan bebas untuk anak-anak yang sedang membesar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Pendidikan Awal Kanak-Kanak ‘The Power of P.L.A.Y’ di sini, hari ini.

“Bermain adalah untuk penting untuk anak-anak, dalam masa yang sama ia mampu merangsang cara berfikir untuk menjadi lebih kreatif, berupaya menyelesaikan masalah, mengembangkan kecerdasan serta kebolehan kepimpinan dalam diri mereka,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru