ARTIKEL

Bina pangkalan tentera dekat sempadan Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MOSCOW: Presiden Lithuania Gitanas Nauseda percaya NATO harus membatalkan sekatannya terhadap penubuhan pangkalan tentera tetap berhampiran sempadan dengan Rusia, lapor Sputnik.

Presiden Lithuania berkata NATO harus mengiktiraf Akta Pengasas NATO-Rusia 1997 sebagai mati disebabkan oleh penempatan senjata nuklear Rusia di Belarus, lapor akhbar The Times pada Isnin.

Di samping itu, Nauseda menyeru sekutu NATO untuk mempercepatkan peningkatan dalam perbelanjaan ketenteraan mereka kerana keadaan yang sangat rapuh dan berbahaya,” menurut akhbar itu.

Akta Pengasas Hubungan Bersama, Kerjasama dan Keselamatan telah ditandatangani oleh Rusia dan NATO di Paris pada 27 Mei 1997.

Kertas dasar itu menentukan kewajipan Rusia dan NATO dalam bidang utama, norma dan mekanisme interaksi mereka.

Perjanjian itu memfokuskan kepada pengurangan kekuatan tentera, jumlah senjata dan struktur keselamatan baharu yang bertujuan menggantikan sistem dunia bipolar.

Pihak berkenaan juga bersetuju untuk mengawal pengurangan keupayaan serangan dan memperkukuh kerjasama keselamatan.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada pertengahan Jun berkata Moscow telah memindahkan bahagian pertama kepala peledak nuklear ke Belarus dan akan menyelesaikan misi memindahkan senjata nuklear taktikal menjelang akhir tahun ini.

Baca lain  26.8 juta tan barang rentas sempadan

Putin berkata penempatan itu adalah elemen pencegahan dan isyarat kepada mereka yang berfikir untuk mengalahkan Rusia.

Nauseda pada akhir Jun juga menggesa NATO untuk mengukuhkan sayap timurnya, memetik risiko berkaitan penempatan semula ketua Kumpulan Wagner Yevgeny Prigozhin ke Belarus selepas pemberontakan bersenjata 24 Jun di Rusia. – Bernama

BERITA LAIN

Cuaca buruk UAE, penerbangan lewat, dibatalkan

ABU DHABI: Berikutan keadaan cuaca buruk termasuk hujan lebat di Abu Dhabi pada Rabu, beberapa penerbangan Etihad Airways mungkin menghadapi kelewatan, lapor Agensi Berita Emirates

BERITA TERBARU