ARTIKEL

Bina pusat penjaja berbumbung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Satu lagi pusat penjaja berbumbung baharu dirancang untuk dibina di Pekan Pusa, di samping tempat parkir yang lebih besar.

Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menambah baik pusat komersial di sini dengan membina kemudahan baharu dan menaik taraf prasarana sedia ada.

Menurutnya, Pekan Pusa dilihat semakin sesak apabila ramai penjaja mendirikan khemah sendiri untuk berniaga.

“Sekarang sudah ada tiga tempat berjual merangkumi pasar barang kering, barang basah dan tempat makan minum.

“Tetapi nampaknya masih belum mencukupi dan ekoran terdapat penjaja yang mendirikan khemah sendiri, ini yang akan kita fokuskan.

“Justeru, kita merancang membina satu lagi pusat penjaja berbumbung dan memanjangkan pasar barang kering (membina bumbung).

“Sehubungan itu juga, tempat parkir yang lebih besar dan selesa akan dibina.

Selain itu, jalan akses ke pasar basah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi perbincangan mengenai infrastruktur Pusat Komersial Pekan Pusa di sini, semalam.

Jelasnya, agensi seperti Pejabat Daerah Pusa, Majlis Daerah Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong serta Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong telah memberikan saranan masing-masing.

“Kita mendapat respons positif daripada setiap agensi dan kita bersedia untuk proses seterusnya.

“Harapan saya, selepas ini kesemua penjaja yang berniaga di khemah, boleh berniaga di tempat yang lebih selesa.

“Orang luar yang datang pun, melihat susun atur berniaga yang menarik dan sistematik.

Seterusnya, memudahkan mereka untuk membeli aneka barang yang dijual,” ujarnya.

Shafizan menyeru agar penjaja dapat memberikan kerjasama penuh untuk berniaga di tempat yang disediakan kerajaan.

Ia termasuk berjual di tempat parkir.

Tambahnya lagi, terdapat juga perancangan untuk menaik taraf tempat letak kereta di pasar Pusa.

“Jika kerja menurap bermula kelak, kita memohon kerjasama peniaga untuk akur arahan pihak penguat kuasa,” katanya.

Timbalan Residen Bahagian Betong Mahra Salleh, Pemangku Pegawai Daerah Pusa Bujang Ladi, Ahli MDB Kaunselor Datuk Lim Kian Choon dan Kaunselor Ramzi Rasit turut hadir sama.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP