BINTULU: Sebuah terminal lori akan dibina di Bintulu, demikian kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin. Menurut beliau, kementeriannya dan pihak Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) telah mengenal pasti tapak bersesuaian untuk projek itu yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Bintulu di Jalan Bintulu-Sibu, di sini.
Beliau berkata cadangan membina terminal lori terbabit dibuat ekoran Bintulu merupakan kawasan perindustrian yang penting di wilayah ini. “Bintulu adalah kawasan perindustrian. Oleh itu, saya fikir kita perlu mempunyai hab pengangkutan yang sesuai dan sempurna kerana sebagai kawasan perindustrian, pengangkutan adalah salah satu aspek penting dalam pembangunan perindustrian,” katanya ketika ditemui usai melakukan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan terminal, semalam.
Menurut Lee, projek terminal lori tersebut juga merupakan salah satu usaha kementeriannya untuk menambah baik sistem pengangkutan dan logistik di negeri ini. Justeru, beliau percaya projek ini nanti dapat membawa sinar baharu kepada persatuan dan pengusaha lori sekali gus membantu memacu pembangunan industri pengangkutan lori di Sarawak.
Adun Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming dan Presiden Gabungan Persatuan Lori Sarawak merangkap pengerusi Persatuan Peniaga Lori Bersatu Bahagian Bintulu, Ling Kah Kiong turut turun padang meninjau tapak cadangan pembinaan terminal lori itu