Binaan Gazebo jalan arang dinaik taraf untuk keselesaan penduduk setempat berekreasi

KUCHING: Sebuah Gazebo di Taman Wawasan, Jalan Arang di sini akan dinaik taraf agar penduduk sekitar taman tersebut dapat bersenam dan beriadah dengan lebih selesa.

Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, beliau sebelum ini menerima cadangan daripada Pengerusi Persatuan Masyarakat Kawasan Jalan Arang, Lai Jun Man untuk membina tempat teduh untuk riadah di gelanggang bola keranjang di taman tersebut.

Namun, katanya, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk setempat kerana risau akan menimbulkan bunyi bising dan menganggu keharmonian setempat.

Kemudiannya, jelas Khere Chiang, Jun Man telah mencadangkan gazebo sedia ada di taman tersebut dinaik taraf dan diperbesarkan.

“Dia mencadangkan bahawa kawasan terbuka bersebelahan gelanggang bola keranjang tersebut untuk membina satu tempat teduh untuk aktiviti riadah.

“Kami semua bersetuju dengan cadangan tersebut. Justeru, saya memperuntukkan RM150,000 melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk membina tempat riadah tersebut,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke taman tersebut, di sini hari ini.

Taman Rekreasi Wawasan, Jalan Arang, Kuching.

Suara Sarawak