ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PDP di Dewan Suarah Bintulu.

Bintulu bakal miliki ART

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan membina laluan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Bintulu selepas Kuching.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan laluan ART dibina di Bintulu selepas yang pertama siap di Kuching.

Beliau berkata, ini adalah pelaburan besar dan ia akan menghubungkan pengangkutan awam dari Bintulu ke Samalaju.

“Ini juga akan diperluaskan ke arah menyeberangi sungai sebaik sahaja Jambatan Kemena siap,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah, di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Bintulu telah menerima beberapa pelaburan asing yang memberi impak tinggi kepada pembangunan Sarawak seperti LONGi Malaysia yang akan membangunkan tenaga boleh diperbaharui daripada solar.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU