PERSATUAN Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) mencadangkan agar Bahagian Bintulu dipilih sebagai gelanggang untuk acara muaythai pada temasya Sukan Malaysia (Sukma ke-21) tahun depan.
Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).
Menurut beliau, objektif pemilihan Bintulu kerana pihaknya mahu membantu mempromosikan sektor pelancongan di bandar belacan itu selain merancakkan ekonomi penduduk tempatan.
“Kita mahu orang Semenanjung yang hadir ke sini kelak menyedari bahawa Sarawak bukan hanya ada Kuching. Negeri ini juga ada Bintulu, Miri, Sibu, Kota Samarahan dan bandar lain.
“Dengan menjadikan Bintulu sebagai medan pertembungan acara muaythai, secara tidak langsung kita dapat mempromosikan sektor PEMINAT tempatan boleh menjangkakan pertarungan sengit pada Kejohanan Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 23 hingga 28 Mei ini, yang bakal disertai para pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kejohanan Super Jelajah Dunia 500 Persekutuan Badminton Dunia ( B W F ) itu Bintulu pentas muaythai? pelancongan di bandar itu,” ujar beliau ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Bersama PMNS di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini semalam.
“Kami berharap cadangan ini dipersetujui pihak kementerian sekali gus membolehkan badan induk merangka persiapan dengan segera,” tambah beliau lagi. Jumaat akui, pihaknya telah mengadakan lawatan ke venue cadangan, Stadium Muhibbah Bintulu dan berpendapat stadium berkenaan amat sesuai.
Katanya, selain mampu menempatkan ramai penonton, stadium itu juga mempunyai ruang yang luas untuk kegunaan atlet serta pegawai dari kontinjen negeri-negeri terlibat kelak. “Ini kali pertama muaythai dipertandingkan, justeru, kita mahu memastikan penganjuran yang terbaik.
“Kita telah memaklumkan kepada pihak berwajib mengapa kita memilih Stadium Muhibbah Bintulu dan apa yang perlu dibuat untuk menambah baik kemudahan di situ,” jelas beliau lagi.
Menurut Jumaat, masih ada tempoh setahun sebelum temasya Sukma 2024 “Sarawak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persiapan menambah baik apa yang perlu di stadium tersebut sekiranya cadangan tersebut direstui pihak kementerian terbabit,” ujarnya.
Menyentuh perkara lain, Jumaat berkata pihaknya akan meneruskan penganjuran acara berprestij, Kejohanan Muaythai Piala Tuan Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud 2023 pada 12 hingga 14 Mei di Panggung Udara, Jalan Budaya, Kuching.
Katanya, edisi kali ini dijangka lebih rancak dengan penyertaan peserta muay ternama dari beberapa negara luar seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Iran, Morroco dan Filipina serta peserra muay tempatan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
“Kejohanan ini telah kita anjurkan sejak 10 tahun lepas dan ia mendapat sambutan begitu hebat sekali malah amat dinantikan peserta muay dari luar negara.
“Dalam hal ini, kita sangat berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) yang telah banyak menyokong kami dalam memastikan penganjuran kejohanan berprestij ini” kata Jumaat lagi.