ARTIKEL

Bintulu Port Holdings Berhad penaja emas Festival Regatta Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad tampil sebagai penaja emas bagi Festival Regatta Sarawak-Kuching Waterfront 2023, yang berlangsung hujung minggu ini. 

Bintulu Port dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, tajaan ini melambangkan sokongan kepada kerajaan Sarawak dan Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan sebagai satu organisasi yang prihatin.

Katanya, Bintulu Port sentiasa menyokong aktiviti kerajaan negeri dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang majmuk. 

“Ia juga mampu memartabat serta memulihara budaya warisan tempatan di samping akan mengeratkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

Kenyataan itu juga memaklumkan Bintulu Port akan sentiasa memberi tumpuan ke atas program yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan dengan hasrat penganjuran seumpama ini dapat melestari kekukuhan perpaduan antara masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Program ini merupakan acara yang dinanti-nantikan yang mana meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan sukan air,” ujarnya.

Salah satu piala yang dipertandingkan pada edisi kali ini adalah Piala Bintulu Port Holdings Berhad bagi kategori Bidar 15 Pekayuh Lelaki. 

Untuk memeriahkan suasana Sarawak Regatta 2023, orang ramai dijemput untuk berkunjung ke lokasi pameran Bintulu Port di Kuching Waterfront.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais