Bintulu Port Holdings raih Anugerah ASRA

KUCHING: Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) meneruskan kecemerlangan apabila meraih Anugerah Gangsa dalam kategori Laporan Bersepadu Terbaik Asia buat julung kalinya pada Anugerah Pelaporan Kelestarian Asia (ASRA) yang Ke-6.

ASRA merupakan penganugerahan antarabangsa berprestij untuk pelaporan korporat. BPHB merupakan sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan syarikat subsidiari BPHB, Bintulu Port Sdn Bhd dan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd terbabit dalam penyediaan perkhidmatan pelabuhan.

Manakala Biport Bulkers Sdn Bhd pula mengkhusus dalam penyediaan perkhidmatan pemukal seperti minyak kelapa sawit, minyak masak dan minyak sayuran.

Laporan Tahunan Bersepadu 2019 BPHB dengan slogan ‘Realisation of Greater Potential’ berjaya merangkul anugerah gangsa dalam kategori Laporan Bersepadu Terbaik Asia, First Philippine Holdings Corporation dari Filipina meraih Anugerah Emas dalam kategori tersebut.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mei 2021

Suara Sarawak