Bintulu Town Hall pendekatan terbaik terima cadangan pembangunan

BINTULU: Penganjuran Bintulu Town Hall dilihat sebagai pendekatan terbaik kepada Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) untuk mendapatkan maklum balas, cadangan atau pandangan orang ramai tentang projek pembangunan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan itu.

Pengurus Besar BDA, Rodziah Morshidi berkata selain sesi Town Hall, pihaknya turut menyediakan kotak cadangan di gerai pameran bagi memudah serta memberi peluang kepada orang ramai mengemukakan cadangan mengenai projek pembangunan yang difikirkan perlu dilaksanakan di bandar ini.

Beliau, bagaimanapun, pihaknya akan meneliti setiap cadangan atau pandangan yang dikemukakan memandangkan tidak semua(caddangan/pandanga) akan dilaksanakan ekoran bergantung kepada keutamaan projek termasuk peruntukan.

Seperti yang saya katakan, objektif Town Hall ini untuk BDA memaklumkan kepada orang ramai tentang apa yang telah dibuat, rancangan dan peluang kepada orang ramai untuk menyatakan kehendak mereka, katanya kepada media.

Rodziah, dalam pada itu, berpuas hati terhadap sambutan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai khususnya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam, kakitangan jabatan kerajaan termasuk ketua masyarakat dan kaum sekitar Bintulu.

Berdasarkan sambutan tersebut, beliau komited BDA akan terus menganjurkan aktiviti Town Hall di masa – masa akan datang.