ARTIKEL

Abang Zainuddin (duduk dua kanan) semasa sidang media sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak.

Bintulu tuan rumah Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak pada 18 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bahagian Bintulu telah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada 18 Mei akan datang.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey berkata acara sambutan itu akan diadakan di Universiti Putra Malaysia(UPM) Kampus Bintulu.

Beliau berkata penganjuran program tersebut antara lain bertujuan sebagai penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan bagi memberi semangat dan meningkatkan kesedaran kepada golongan belia bahawa kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan itu, termasuk ketika negara dan dunia dilanda pandemik COVID-19.

Tambahnya lagi, penganjuran Hari Belia Negara juga berobjektif untuk menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme dalam kalangan golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara di samping menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia.

Abang Zainuddin berkata demikian semasa sidang media usai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk penganjuran program tersebut di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Bintulu di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, sambutan kali ini akan meraikan tiga kategori bagi Anugerah Perdana Negara 2024, iaitu kategori Individu Lelaki, Individu Wanita dan Pertubuhan Belia.

Program itu, yang akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 15 hingga 18 Mei, mensasarkan seramai 80,000 orang pengunjung, dengan pelbagai pengisian yang menggalakkan penyertaan belia untuk terlibat sama.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Lamat Nyalau dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Kigen Satong hadir sama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU