ARTIKEL

BKSS 6.0: Pengamal media dapat RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menghargai pengorbanan dan sumbangan pengamal media barisan hadapan dan yang berdepan dengan risiko pandemik Covid-19 semasa bertugas di Sarawak.

Oleh demikian, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu, Kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali kepada pengamal media barisan hadapan.

“Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan Sarawak sebanyak RM900,000.

“Langkah keempat ialah geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan melalui aplikasi Sarawak Pay,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai BKSS 6.0 yang bertemakan meringankan beban rakyat di sini hari ini.

Kata Abang Johari, para penjaja dan peniaga kecil merupakan golongan yang paling terkesan oleh pandemik ini.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak akan memberi geran khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 pada Disember 2021 melalui Sarawak Pay.

“Bantuan geran khas ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak lebih daripada RM97.5 juta,” jelasnya.

Menurutnya lagi, langkah lima ialah insentif untuk pemilik dan pengendali penambang yang mendaftar dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (SRB).

“Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan penurunan drastik pengguna penambang khususnya para pelancong.

“Ini telah menjejaskan pendapatan pemilik dan pengendali penambang di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak prihatin dengan nasib pengusaha penambang.

“Oleh itu, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 200 pemilik dan pengendali penambang dan diharap dapat mengurangkan beban kewangan mereka yang melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM100,000,” katanya.

Abang Johari memberitahu, langkah enam ialah insentif untuk pengendali vam penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak amat prihatin dengan kehilangan punca pendapatan pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak akibat pandemik ini.

“Oleh demikian, Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak,” katanya.

Katanya lagi, bantuan ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM2.20 juta.

“Langkah ketujuh ialah bantuan kewangan kepada pemandu e-hailing dan tenaga pengajar memandu sebanyak RM500 secara one-off yang dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

“Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.6 juta,” katanya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya