Trending

BKSS 7.0: Tiga langkah bantu perusahaan dan perniagaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Sarawak melaksanakan tiga langkah untuk membantu para perusahaan dan perniagaan menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Sarawak dalam keadaan yang sihat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata langkah-langkah itu ialah bantuan kewangan ‘on-off’ khas RM10,000 untuk perniagaan aktif yang berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Selain itu ialah kelonggaran kepada dasar perolehan kerajaan disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan pembaharuan permit kerja pekerja asing bagi sektor-sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.

“Secara keseluruhannya langkah-langkah ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan lebih daripada RM800 juta.

“Langkah-langkah ini diharap akan membantu kelangsungan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Sarawak yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya menggerakkan ekonomi kita,” katanya pada Majlis Simbolik Penyerahan BKSS 6.0 dan pengumuman BKSS 7.0 di sini, hari ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru