Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

BMC bakal wujudkan ‘baby hatch’ untuk selamatkan bayi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP... Fatimah ketika sidang media OSTPC di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia
BERCAKAP… Fatimah ketika sidang media OSTPC di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia

KUCHING: Borneo Medical Centre (BMC) bakal mewujudkan ‘baby hatch’ sebagai tempat menyelamat bayi daripada dibuang, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu berkata, BMC akan menjadi satu lagi entiti yang menyediakan perkhidmatan tersebut selepas Hospital Pakar KPJ Kuching.

“Saya percaya BMC kini dalam proses akhir untuk mewujudkan tempat menyelamat bayi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Jawatankuasa Pusat Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Fatimah memberitahu bahawa usaha sedemikian selari dengan hala tuju OSTPC untuk melihat pengurangan kes pembuangan bayi.

Apabila tempat seperti ini diwujudkan, ia dapat membantu mengurangkan kes tersebut daripada meningkat dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya ada yang terlanjur hamil dan mahu anak dalam keadaan selamat serta tidak mahu identiti terdedah, serahkan anak di tempat yang disediakan (baby hatch).

“Tempat ini akan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan untuk bayi supaya sentiasa dalam keadaan selamat, berbanding dibuang di tempat yang berisiko,” jelasnya.

JOM DAFTAR E-AKHABR DI SINI : https://stssapp.com/auth-login

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk