ARTIKEL

BMW jual 4,300 kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Pengarah Urusan Benjamin Nagel berkata bagi tempoh itu, sebanyak 370 kenderaan elektrik terjual dalam negara, kenaikan 26 peratus berbanding tahun lepas.

Menjelang pertengahan tahun 2024, beliau berkata BMW teruja untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pembekal utama kenderaan premium Malaysia dengan mengembangkan penawaran barisan kenderaannya.

“Kami memberikan sepenuh komitmen dalam memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan bercirikan dinamik kepada pelanggan kami di Malaysia, di samping mengekalkan corak pemanduan pilihan setiap individu.

“Pameran ini juga mencerminkan dedikasi kami untuk mentakrifkan semula pengalaman pemanduan di negara ini.

Setiap produk melambangkan inovasi, kelancaran elektrifikasi, berprestasi premium dan mempunyai reka bentuk termaju,” katanya kepada Bernama di luar acara Malaysia Autoshow 2024.

BMW Group, pengeluar kereta dan motosikal premium terkemuka dunia memayungi empat jenama kenderaan di bawahnya iaitu BMW, MINI, Rolls-Royce dan BMW Motorrad.

Ia memperkenalkan dua model sedan baharu BMW 5 Series pada pameran berkenaan iaitu BMW i5 M60 xDrive serba baharu dan BMW 520i pemasangan tempatan, dengan anggaran harga bermula daripada RM340,000 hingga RM480,000,

Untuk kereta kompak premium, MINI Malaysia mempamerkan MINI Countryman SE ALL4 elektrik serba baharunya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU