ARTIKEL

BN hormati keputusan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menganggap keputusan PRU-15 ini sebagai isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap parti itu.

“Namun begitu BN akan terus komited memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.

“Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Katanya lagi, BN mahu melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid memberitahu, BN akan memberikan tumpuan untuk mengembalikan kekuatan parti terutama menangani cabaran semasa dan keperluan generasi baharu.

Setakat jam 12 tengah malam, BN hanya memenangi 18 kerusi Parlimen manakala Pakatan Harapan dengan 65, Perikatan Nasional (43), Gabungan Parti Sarawak (21) dan Gabungan Rakyat Sabah (tiga).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup