ARTIKEL

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap pada sidang media

BN terbuka berbincang kerjasama parti lain untuk PRN Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA TINGGI: Barisan Nasional terbuka berbincang mengenai kerjasama dengan mana-mana parti politik untuk Pilihan Raya Negeri Melaka.

Menurut Bernama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerjasama itu termasuk penggunaan lambang BN oleh parti lain.

Beliau menegaskan sebarang keputusan perlu berdasarkan ketetapan dasar pucuk pimpinan tertinggi BN.

Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Asrama Anak-anak Yatim Islam di Kota Tinggi.

Dewan Undangan Negeri Melaka yang mempunyai 28 kerusi telah dibubarkan pada 23 September lalu bagi membuka laluan PRN ke-16.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU