ARTIKEL

Gambar hiasan. | Foto: 123RF

BNM rekod RM11.5 bilion transaksi pembayaran tanpa tunai pada 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan jumlah transaksi urus niaga pembayaran tanpa tunai sebanyak RM11.5 bilion pada tahun lepas, antara lain disumbang oleh faktor ketersediaan liputan 4G dan 5G serta perkhidmatan Internet di seluruh negara. 

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM9.5 bilion pada 2022 dan RM7.2 bilion pada 2021.

“Kementerian juga akan terus mengadakan kolaborasi dengan pelbagai pihak dalam usaha menggalakkan usahawan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seiring dengan perkembangan teknologi.

“Dalam hal ini, BNM merupakan agensi peneraju utama dalam usaha mempromosi penggunaan e-pembayaran dalam kalangan pengguna dan peniaga bagi merancakkan transaksi digital yang mudah dan selamat,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menerusi projek JENDELA yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi sebelum ini, beliau berkata liputan rangkaian 4G sedang diperluaskan ke seluruh negara agar 100 peratus liputan di kawasan berpenduduk (CoPA) dapat dicapai menjelang 2025.

Baca lain  Pasar Tamu Dayak Seremban dapat sambutan

Beliau berkata Digital Nasional Bhd (DNB) juga akan menyiapkan 7,509 tapak 5G di seluruh negara bagi meningkatkan lagi capaian 5G.

Dengan ketersediaan 100 peratus rangkaian 4G di kawasan berpenduduk dan penyiapan keseluruhan 7,509 tapak 5G, beliau berharap penggunaan pembayaran secara digital khususnya dalam kalangan usahawan kecil dapat diperluaskan ke seluruh negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU