Trending

Bola Baling: Hadiah wang tunai RM19,000 menanti pemenang 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM19,000 menanti pemenang Bola Baling Piala Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-16 dan Piala Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Edisi Ke-11 pada 26 hingga 31 Ogos ini.

Mempertandingkan dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita, kejohanan berprestij tersebut akan berlangsung di dua gelanggang berbeza iaitu Stadium Perpaduan, Petra Jaya dan Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS, Kota Samarahan.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Dr Abang Ismail Abang Julhi, pasukan yang berjaya muncul juara bagi kedua-dua kategori akan menerima wang tunai RM3,000 beserta piala dan sijil.

Naib juara pula katanya akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000 termasuk piala dan sijil manakala wang tunai RM1,500 untuk pasukan yang menduduki tempat ketiga.

“Selain itu, pasukan yang menduduki tempat keempat bagi kedua-dua kategori akan menerima wang tunai RM1,000 termasuk sijil dan pingat.

“Tidak hanya itu, empat pasukan yang kandas di peringkat suku akhir bagi kedua-dua kategori juga akan turut menerima wang tunai RM500,” ujar Dr Abang Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, kejohanan anjuran SAHA itu mensasarkan 40 pasukan untuk kedua-dua kategori berkenaan.

Katanys, saingan kali ini dijangka menarik kerana selain akan disertai pasukan atau kelab handalan serata Sarawak.

Wakil dari negeri-negeri lain serta beberapa negara jiran seperti Brunei Darussalam dan Kalimantan Barat, Indonesia juga akan turut serta.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru