NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Bola Baling Piala Premier 2022: 31 pasukan berentap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SETIAUSAHA...Dr Abang Ismail.
SETIAUSAHA...Dr Abang Ismail.

KUCHING: Sebanyak 31 pasukan akan berentap memburu gelaran juara Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2022.

Ia bagi merebut Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-15 (Kategori Lelaki) dan Piala Datuk Abdul Rahman Junaidi Edisi Ke-11 (Kategori Wanita) bermula 4 hingga 7 Jun nanti.

SETIAUSAHA...Dr Abang Ismail.
SETIAUSAHA…Dr Abang Ismail.

Daripada jumlah tersebut terbabit, 18 pasukan akan berentap dalam kategori lelaki, manakala 13 lagi pasukan akan berentap dalam kategori wanita.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Dr Abang Ismail Abang Julhi menegaskan, pasukan yang akan bersaing dalam kategori lelaki ialah UiTM Lions, Rajang HC, PSK, X-Lion A, X-Lion B, Samarahan Old Boys, Matang Jaya HC, PBBKK-X, PBBKK-Y, Sandakan Venom, MJ Galaxy, HC Falcon, Fam Union, UiTM KS, Jungleblitz, Seahorse, Miri, SSC dan j-Mysh, Miri.

Sementara itu, pasukan yang akan beraksi dalam kategori wanita pula ialah Rajang HC, Perempuan HT, Trial HC, Elite HC, PSK, Fam Union, SSeni, X-Lion, UiTM KS, Jungleblitz, SSC, GMY HC dsn Fort, Miri.

Baca lain  Import asing beri perbezaan

“Kejohanan selama tiga hari itu akan berlangsung di dua gelanggang berbeza.

“Stadium Perpaduan, Petra Jaya untuk kategori lelaki, sementara Stadium Tertutup Unimas, Kota Samarahan digunakan untuk kategori wanita,” ujar Dr Abang Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Hampir dua tahun kejohanan terbabit tidak dapat dianjur ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru