ARTIKEL

Infografik kejohanan

Bola sepak 9 sebelah 1 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMINAT bola sepak seluruh Sarawak dipelawa untuk menyertai Kejohanan Terbuka Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran Kelab Bola Sepak Klanying Buyo dari 1 hingga 3 Mac 2024. 

Menurut jurucakap kelab, Stap Dugi menyatakan bahawa kejohanan ini akan diadakan di padang Kampung Klait Sebuyau. 

“Kejohanan ini menawarkan hadiah yang lumayan kepada pasukan yang berjaya manakala yuran hanyalah RM280 serta deposit RM150 untuk sebuah pasukan. 

“Bagi jumlah penyertaan pasukan bertanding minimum ialah 32 pasukan terawal,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak. 

Jelas beliau, hadiah bagi juara kejohanan ini ialah RM1000, piala dan pingat, manakala naib juara akan membawa pulang hadiah RM500, piala dan juga pingat.

 Bagi tempat ketiga pula, akan menerima RM300, piala serta pingat dan tempat keempat kejohanan akan menerima piala beserta pingat.

 Katanya lagi, sebarang pertanyaan boleh menghubunginya di talian 019- 4892368, Sigai (019-5975660, Jony (019-4619017 dan Faizul (017-8504742. 

“Pada kejohanan ini juga, anugerah pemain terbaik dan penjaga gol terbaik akan menerima piala,” ujarnya lagi. 

Baca lain  Liga Premier 2021: Kuching City sedia gempur kubu Sarawak

Stap turut menyatakan bahawa kejohanan julung kali dianjurkan Kelab Bola Sepak Klanying Buyo ini merupakan landasan terbaik kepada pemain muda untuk mengisi masa terluang. 

“Kejohanan ini merupakan serampang dua mata iaitu dalam masa yang sama menjadi medan pemain untuk menonjolkan bakat dan mengumpul dana untuk kelab menjalankan aktiviti kelab. 

“Malahan, kejohanan ini akan mencungkil bakat belia di Sebuyau dalam sukan bola sepak bagi diketengahkan di peringkat sepatutnya,” jelas Stap

STAP DUGI… Jurucakap penganjur.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,