HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Bola Sepak 9 Sebelah Piala Razi 2022: Aksi kumpulan C dan D hujung minggu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KUNJUNGAN HORMAT...Saiful Hanizam Suhaini (tiga kiri) menyerahkan cenderahati kepada Mohammad Razi Sitam (tengah).

KUCHING: Saingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Betong, Piala Razi 2022 kembali diteruskan hujung minggu ini membabitkan sembilan pasukan dari kumpulan C dan D bagi memburu slot ke suku akhir.

Selepas empat pasukan iaitu Loy69 FC dan Skyline FC (Kumpulan A), Bungin Villa dan Hermanos FC (Kumpulan B) berjaya melayakkan diri hujung minggu lalu.

Pengerusi Kejohanan Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, perlawanan membabitkan pasukan dari kumpulan C dan D akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini.

“Kami percaya akan berlaku pertembungan sengit sepanjang dua hari itu kelak kerana setiap pasukan sudah tentu mahukan kemenangan bagi menempah slot ke suku akhir,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

KUNJUNGAN HORMAT…Saiful Hanizam Suhaini (tiga kiri) menyerahkan cenderahati kepada Mohammad Razi Sitam (tengah).

Baru-baru ini Saiful mengetuai rombongan melakukan kunjungan hormat kepada Adun Saribas yang juga Menteri Muda Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam.

Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah Urusan Syarikat RZR yang juga penaja bersama kejohanan, Encik Roslan Senin.

Lima pasukan dari Kumpulan C ialah GMP FC Betong, Jang BS ‘B’, Semarang Village Utd, Dom FT dan KSRTB.

Berbanding empat pasukan dari Kumpulan D iaitu Pusa Utd, A.D Walid FC, Rastako FC dan Jang BS.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ranking naik 138?

SKUAD Harimau Malaya bakal memperbaiki ranking dunia Persekutuan Bola Sepak

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru