ARTIKEL

Bola Sepak Pemuda Pantai Damai 2023- Penguasaan hebat pasukan pilihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Pemuda Pantai Damai 2023 yang melabuhkan tirainya si padang bola sepak Kampung Selang Ulu, Telaga Air semalam menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan.

Perlawanan akhir membabitkan tiga kategori yang dilangsungkan itu menyaksikan pasukan Scarlow FC muncul juara kategori Belia selepas menumpaskan Mixfriend FC selaku naib juara dengan jaringan (2-1).

Manakala, pasukan Vet Den B berjaya merangkul gelaran juara kategori veteran selepas menumpaskan Idaman VT ditempat kedua dengan jaringan (3-0).

Sementara itu, pasukan SJN pula memuktamadkan perjuangan mereka untuk bergelar juara kategori kanak-kanak bawah 12 tahun selepas menyingkirkan wakil tuan rumah Selang Ulu selaku naib juara dengan kemenangan selesa (3-0).

Kesemua pasukan terbabit menerima hadiah wang tunai, piala dan pingat. Hadiah untuk pemenang tempat ketiga juga turut disediakan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Pengerusi Kejohanan, Zaini Potot memberitahu,  kejohanan yang bermula hujung bulan lepas disertai 31 pasukan kesemuanya.

Kategori belia dengan 14 pasukan, veteran 13 pasukan dan bawah 12 tahun menghimpunkan 4 pasukan.

BAKAT BAHARU….Pemain pasukan SJN  selaku juara kategori kanak-kanak bawah 12 tahun bergambar kenangan bersama Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah). – FOTO MOHD. ZULKARNAIN MANTAIM

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah