ARTIKEL

KEKAL JUARA… Pemain Kembara 11 sempat merakam gambar bersama Datuk Sri Haji Julaihi Narawi (tengah) dan tetamu lain. - Foto ALIF NONI

Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Sebuyau 2024: Gelaran juara kekal milik Kembara 11

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Kembara 11 nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala ADUN N.27 Sebuyau, Datuk Sri Haji Julaihi Narawi merangkap Menteri Utiliti Dan Komunikasi Sarawak.

Kembara 11 mengekalkan gelaran juara yang pernah dimenangi musim lalu.

Pilihan popular itu menumpaskan wakil dari Sadong Jaya, Kaslo FC dengan jaringan 4-2 pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau petang tadi.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Kembara 11 membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala dan jersi.

Sementara itu, bagi pasukan Kaslo FC di tempat kedua menerima wang tunai RM3,000 bersama piala dan jersi.

Tempat ketiga milik pasukan BMR Asajaya dan turut membawa wang tunai RM1,500, piala dan jersi selepas menumpaskan Family FA di tempat keempat yang turut membawa balik wang tunai RM750 dan jersi dengan jaringan 2-0.

Sementara itu, Mohd. Daniel Hazwan (Kaslo FC) dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Manakala, penyerang Kembara 11, Noraslin Bakar diumum sebagai penerima anugerah penjaring terbanyak kejohanan (tujuh gol).

Majlis penyampaian hadiah disampaikan Menteri Utiliti Dan Komunikasi Sarawak, Datuk Sri Haji Julaihi Narawi merangkap ADUN N.27 Sebuyau, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Sebuyau Tahir Putih, Pengerusi Kejohanan Osman Jamil dan ketua-ketua masyarakat.

Kejohanan berprestij ini merupakan anjuran PBB Cawangan Sebuyau dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sebangan setiap kali menjelang lebaran bermula pada 12 April lalu dan disertai 32 pasukan.

NAIB JUARA… Pemain pasukan Kaslo FC selaku naib juara.
SIMBOLIK…Datuk Sri Haji Julaihi (tengah) menyepak bola sebagai simbolik penutupan rasmi kejohanan itu.

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA