ARTIKEL

BURU KEMENANGAN... Abdul Hamdmat Abdullah (kiri sekali) bersama-sama barisan pemain.

Bola Sepak Veteran Piala Adun Sebuyau: Den Contraction sedia kecewakan Kabitra FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gergasi serba mantap, Den Contruction siap sedia untuk mencipta kemenangan apabila turun berdepan Kabitra FC pada pusingan kedua Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebuyau, Datuk Seri Julaihi Narawi pada Sabtu.

Pengurus Pasukan, Abdul Hamdmat Abdullah menegaskan, misi utama pasukannya jelas untuk memastikan kemenangan.

“Ia bukan tugas mudah kerana percaya pasukan lawan akan memberi tentangan sengit sepanjang saingan, namun saya percaya pemain akan cuba memberikan yang terbaik,” ujar Abdul Hamdmat kepada Arena Suara Sarawak.

Perlawanan kedua-dua pasukan itu akan berlangsung pukul 9:50 pagi Sabtu.

Jelas Abdul Hamdmat, tempoh rehat seminggu digunakan untuk memperkemas jentera di setiap posisi.

Tambahya, semua pemain regular bebas daripada sebarang kecederaan mahu pun penggantungan.

Sementara itu, empat perlawanan pusingan kedua berlangsung Sabtu ini.

Tiga lagi perlawanan lain, Vet Kem menentang Armada SV (8:45 pagi), Tedong Melancar menentang Vespan FC (2:00 petang) dan Jemukan Vet menentang SU ENT (3:15 petang).

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU