Trending

Bola Sepak Veteran Piala ADUN Simunjan: Landasan aktif kembali bersukan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMUNJAN: Amalan gaya hidup sihat dengan bersukan bagi golongan berstatus veteran perlu dikekalkan untuk memastikan kecergasan diri berpanjangan.

Justeru, ia bertepatan dengan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris 2023.

Pengelolaan kejohanan edisi pertama itu yang secara tidak langsung memberi ruang kepada golongan berstatus veteran untuk kembali aktif dalam bersukan.

ADUN Simunjan, Awla Dris menzahir rasa kagum dengan usaha digembleng pihak Saberkas Cawangan Simunjan dan Kelab Bola Sepak Simunjan atas kejayaan mengelola kejohanan itu.

“Kita tahu objektif penganjuran kejohanan ini untuk merapatkan hubungan silaturahim antara semua pihak.

“Akan tetapi pada masa sama ia dilihat sebagai landasan terbaik memupuk kembali gaya hidup sihat dalam kalangan pemain berstatus veteran terlibat,” ujar Awla ketika berucap ringkas pada majlis perasmian kejohanan itu di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng, Simunjan semalam.

Sebanyak 30 pasukan berentap bagi memburu kejuaraan dalam kejohanan tersebut.

Pasukan yang turut serta dalam kejohanan kali ini mewakili pelbagai kampung dan kelab-kelab handalan sekitar Kuching dan Samarahan.

Menurut Awla, penganjuran kejohanan itu yang merupakan antara aktiviti yang dilaksana bagi memeriahkan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

RAKAM KENANGAN…Awla Dris (berdiri ditengah) merakam gambar bersama pemain Rajuma FC dan PPSL B. – FOTO FAIZAL BUJANG

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian