ARTIKEL

Dadah yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan dalam satu tangkapan polis di pasar lama Bintulu. - Foto IPD Bintulu

Boleh digunakan hingga 25 orang penagih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahan dadah di kawasan pasar lama di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata suspek yang berusia 43 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 dengan berat kasar rampasan dadah disyaki jenis syabu dianggarkan 5.8 gram.

Katanya, hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis meth dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Hasil siasatan awal, dipercayai dadah untuk pengedaran di sekitar kawasan Kemena, Jepak dan Kuala Tatau itu boleh digunakan untuk 20 hingga 25 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang tiga kali sebatan manakala jika disabitkan kesalahan di bawah Sek.15(1)ADB 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun.

Katanya, tangkapan itu merupakan salah satu usaha polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di daerah ini.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini boleh memaklumkan kepada Bilik Gerakan PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu,” katanya.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC