Boleh tonton aksi bola di stadium

PEMINAT bola spak di negeri ini boleh menyaksikan perlawanan di stadium masing-masing selepas 1 April depan, terutama di Stadium Negeri.

Namun, jumlah penonton adalah terhad dan sentiasa  mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, pihaknya akan mengumumkan SOP tersebut dalam masa terdekat.

“Selepas 1 April nanti, ada SOP baharu berkaitan kehadiran penyokong ke stadium termasuk kemudahan-kemudahan sukan lain.

“Ia termasuk pengumumman SOP tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan perlawanan pembukaan Liga Bola Sepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)/Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021 di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Mengenai penganjuran liga berkenaan, beliau menjelaskan, ia adalah hasil kolaborasi antara SSC dengan FAS.

Liga tersebut disertai 12 bah pasukan di seluruh bahagian, yang membabitkan pemain berusia 25 tahun ke bawah.

Ia dibahagikan kepada tiga zon, Zon Selatan (Kuching FC, Sarawak United Ii, Serian FA dan Samarahan FA.

Zon Tengah pula terdiri daripada Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman dan Kapit. Manakala Zon Utara melibatkan pasukan Miri, Mukah dan Bintulu.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Pemangku Setiausaha Sulit, Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Puan Nancy Jolhi, Ketua Pegawai Eksekutif SSC Dr Ong Kong Swee dan Naib Presiden FAS, Phillip Jabu.

 

Suara Sarawak