HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Boling padang sumbang lima pingat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TERBAIK...Atlet dan pegawai dari kem boling padang merakam gambar bersama-sama Pengarah JBS, Lamat Nyalau (tengah).
TERBAIK…Atlet dan pegawai dari kem boling padang merakam gambar bersama-sama Pengarah JBS, Lamat Nyalau (tengah).

KUALA LUMPUR: Pasukan boling padang Sarawak berjaya meraih lima pingat keseluruhan selepas menamatkan saingan di temasya Sukan Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022.

Memperoleh satu pingat emas dan masing-masing dua pingat perak dan gangsa.

Pingat emas menerusi Nur Azreen Azirah daripada kategori perseorangan wanita (B2).

Manakala, dua butir pingat perak diperoleh menerusi Azizie Suip acara perseorangan lelaki (B2) dan Nur Hasfalinda Hamdan acara perseorangan wanita (B3).

Berbanding, dua pingat gangsa yang berjaya diperoleh menerusi Dayangku Aisah Awang Taha kategori perseorangan wanita (B2) dan bergu campuran (B1/B2) menerusi gandingan Sun Wan Ting dan Hazel Sigang Daud.

“Pencapaian yang cukup hebat dipamer atlet terlibat dan secara peribadi saya amat gembira dengan kemuncak prestasi ditunjukkan semua atlet,” ujar ketua jurulatih, Nurul Asma Sani kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, beliau kagum dengan prestasi ditampilkan semua atlet yang bertanding kali ini kerana ia merupakan penampilan pertama mereka.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang