Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Bolot 31 kerusi untuk pengaruhi pembentukan Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
 MESRA…Asfia bersalaman mesra dengan penduduk Melayu Daerah Bau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Melayu Bau. Turut kelihatan, Henry dan Lidang.
MESRA…Asfia bersalaman mesra dengan penduduk Melayu Daerah Bau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Melayu Bau. Turut kelihatan, Henry dan Lidang.

BAU: Kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolot 31 kerusi parlimen membolehkan parti tersebut mempengaruhi pembentukan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, pengundi di negeri ini harus bersatu padu dengan memilih calon GPS pada 19 November ini agar kejayaan itu dapat direalisasikan.

Katanya, ia sekali gus membolehkan Sarawak mempunyai perwakilan yang kuat di Dewan Rakyat.

“Jika suara kita lemah dan berpecah belah, apa yang diminta oleh Sarawak tidak didengar dan ditepis sahaja.

“Tetapi kalau kita kuat, keras dan bersatu. Apa yang diminta Sarawak pasti akan didengar kerana kita telah menolong menubuh Kerajaan Persekutuan,” katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Melayu Bau, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep, calon GPS Parlimen Mas Gading Lidang Disen, Setiausaha Politik Premier Sarawak John Nyigor dan Charles Chad Nissom serta pemimpin setempat turut hadir pada majlis itu.

Justeru, Asfia yang juga Speaker Dun Sarawak berkata, pengundi di Mas Gading harus bersatu hati dalam sokongan mereka agar memberi kemenangan kepada Lidang.

Katanya, undi mereka tersebut tidak harus disia-siakan dengan mengundi calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

 

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News