SIBURAN: Sepasukan bomba dipanggil untuk mengangkat seorang lelaki yang sakit di bawah jambatan Sungai Tapah, Tapah, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, seramai tujuh anggota dari Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kira-kira jam 10.32 pagi.
“Setibanya di lokasi, terdapat seorang mangsa berumur 30 tahun dalam keadaan lemah dan sakit serta tidak dapat berjalan.
“Komander Operasi melakukan size up dan menjalankan kerja-kerja mengangkat mangsa menggunakan pengusung sebelum menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, operasi tamat pada jam 11.10 pagi dan anggota balik ke balai setelah selesai mengambil maklumat mangsa.
