ARTIKEL

Bomba bantu bawa turun pesakit seberat 110 kg

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor hari ini membantu menurunkan seorang pesakit yang tidak dapat bergerak menggunakan pengusung.

Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, lelaki berusia 41 tahun dengan berat badan 110 kilogram itu tidak dapat bergerak.

“Kita dipanggil untuk membantu pasukan perubatan membawa lelaki berkenaan turun dari kediamannya di Jalan Kelupu memandangkan keadaan tangga yang uzur.

“Sebaik sampai di lokasi, bomba bertindak menggunakan tali dan pengusung untuk menurunkan pesakit melalui tangga,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selepas selesai, pesakit yang dikenali sebagai Layong Abul diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai PBK II Hilary Pitre Ambit bersama tiga anggota tamat kira-kira 4.54 petang.

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU