ARTIKEL

Nicholas (kiri) mengedar risalah langkah keselamatan kepada penduduk rumah panjang. - Foto: FB BBP Bintangor

Bomba Bintangor sasar sifar kebakaran rumah panjang semasa Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menyasarkan kebakaran sifar rumah panjang di kawasan jagaannya menjelang perayaan Hari Gawai pada Sabtu ini dengan mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk melalui pengedaran risalah langkah keselamatan.

Ketua BBP Bintangor, Nicholas Belulin, berkata berdasarkan statistik pada tahun lalu, hanya dua kes kebakaran berlaku di Daerah Pakan sebelum menjelangnya perayaan tersebut.

Menurutnya, dengan pengedaran risalah tersebut dan rondaan yang akan dijalankan di kawasan rumah panjang, diharapkan perayaan Hari Gawai tahun ini mencatatkan kebakaran sifar kes dan seterusnya membolehkan penduduk menyambutnya dengan meriah dan selamat.

“Terdapat 10 rumah panjang di Daerah Julau dan Daerah Pakan yang terletak jauh dari balai bomba serta memerlukan masa respons yang lama untuk sampai ke lokasi berikutan tidak ada akses jalan raya dan terpaksa menggunakan feri atau bot,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Beliau berkata kunjungan ke rumah panjang untuk mengagihkan risalah tersebut telah bermula semalam di Daerah Julau melibatkan Rumah Jana Saweng, Batu Matup yang jaraknya 38 kilometer (km) dari balai, Rumah Fabian Unggang Pandang, Jalan Julau-Entabai, Sungai Sapi (52km), dan Rumah Akun, Nanga Ayam, Jalan Julau-Entabai (48km).

Beliau berkata, selebihnya diagihkan pada hari ini dan esok di Rumah Bidu Buda, Nanga Sangkong (48km) dan Rumah Lugum Jenging, Nanga Taba, Ulu Kanowit (63 km), Julau.

Katanya, risalah juga akan diagihkan ke lima rumah panjang di Daerah Pakan, iaitu Rumah Bujang, Tebok, Jalan Wak (61km), Rumah Indit Munang, Jalan Wak, Manding (51km), Rumah Kunjan Karin, Nanga Buku, Jalan Wak (55km), Rumah Rachak Padang, Nyalak Ladong (57km), dan Rumah Berandah, Nanga Keluton, Entaih (72km).

Sementara itu, Nicholas mengingatkan penduduk supaya sentiasa mengawasi serta berwaspada ketika memasak juadah Hari Gawai bagi mengelak berlakunya kebakaran rumah panjang.

Katanya, berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini, punca kebakaran rumah panjang menjelang perayaan itu adalah kerana aktiviti memasak tanpa pengawasan. – BERNAMA

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat