ARTIKEL

Barangan makanan kering dipunggah oleh anggota bomba dan pegawai JKM untuk dihantar ke Nanga Tau, Sungai Anap Tatau.

Bomba hantar 3,937 kg bekalan makanan kepada mangsa banjir di Tatau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TATAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak membantu meringankan kesulitan dihadapi penduduk Nanga Tau, Sungai Anap, yang terkandas dengan menghantar 231 pek bekalan makanan kering, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pek makanan seberat 3,937.2 kg itu dihantar menggunakan helikopter bomba Mi-171 (M994-04) kepada 14 rumah panjang yang terputus hubungan akibat bencana banjir.

Katanya, operasi yang diketuai Unit Udara Bomba, Juruterbang Sofian Ahmed @ Ibrahim dan Pembantu Juruterbang Robert James memulakan misi pada jam 11.38 pagi dan selesai pada jam 1.19 petang.

“Penghantaran membabitkan penduduk di 31 pintu Rumah Dilang, 14 pintu Rumah Medan, lapan pintu Rumah Lois, 13 pintu Rumah Satan dan 33 pintu Rumah Saran.

“Di samping kepada 23 pintu penduduk Rumah Salleh, 13 pintu Rumah Baja, 13 pintu Rumah Suang, 13 pintu Rumah Jan, 14 pintu Rumah Gelukau, 33 pintu Rumah Kelisop, 21 pintu Rumah Wan, 10 pintu Rumah Rini dan enam pintu Rumah Ajai.

Baca lain  Sistem fertigasi guna platform digital

“Selain itu, staf di SK Nanga Tau, Sungai Anap dan Klinik Kesihatan Nanga Tau yang terjejas turut menerima bantuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Khidmat khas kemanusiaan turut disertai Jurutera Penerbangan Mazlan Kamin, Kuatermaster Udara Buda Mandi dan Timothy Atilus, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau diketuai Jankey Jikat, dua anggota dari JPBM Zon 5 Bintulu serta 10 Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

BERITA LAIN

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

Mohon dana ikut keperluan

KUCHING: Rumah ibadat yang memerlukan dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) diseru untuk membuat permohonan berdasarkan keperluan atau kos sebenar. Timbalan Premier Datuk

BERITA TERBARU

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan