ARTIKEL

Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko berlaku banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Foto Alif Noni- Hamdan (dua kiri) menjawab pertanyaan media di Ibu Pejabat JPBM Sarawak di sini hari ini. Turut kelihatan, Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman (kiri).

KUCHING: Anggota dan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap sedia digerakkan di beberapa titik panas di negeri ini yang berisiko berlaku banjir.

Ketua Pengarah JPBM Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata, berikutan perubahan cuaca ketika ini, anggota dan aset ditempatkan untuk memantau, memindah dan menyelamat mangsa sekiranya diperlukan.

Katanya, pemantauan tersebut dibuat pada peringkat-peringkat tertentu dalam menentukan paras air dan jumlah hujan yang turun.

Jelasnya, langkah sedemikian dilaksanakan rentetan fenomena kepala air dan keadaan banjir yang berlaku di Baling, Kedah pada 4 Julai lalu.

“Kita berharap komuniti setempat yang mengalami dan melihat perubahan keadaan mengambil langkah awal dengan sanggup pindah diri dan juga menyelamatkan keluarga.

“Pada masa yang sama juga menghubungi agensi-agensi kecemasan dan mendengar amaran diberi pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat JPBM Sarawak, di sini, hari ini.

Mohamad Hamdan sebelum ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Aplikasi Produk Sistem Maklumat Geografi (GIS), Penyampaian Sijil Hero Bomba, Sijil Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS 2020) Kategori Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan dan Penyerahan Kenderaan Utiliti JBPM Sarawak.

Ditanya mengenai aplikasi dibangunkan untuk respon pantas bagi kejadian kebakaran dan kecemasan, beliau berkata, JBPM telah memperoleh sistem kebombaan iaitu C4i (command, control, communication, computer & Intelligent).

Katanya, sistem tersebut berupaya mengenal pasti kejadian sebelum, semasa dan selepas kebakaran termasuk pengurusan panggilan, kerahan jentera bomba dan perkhidmatan kecemasan.

Tambahnya, sistem itu juga berupaya untuk mengurus logistik dan pergerakkan jentera ke lokasi kejadian.

“Ia sebagai langkah dan usaha kita untuk memastikan waktu respon kita boleh dipendekkan lagi. Dalam agensi kecemasan, lebih cepat pasukan respon sampai adalah lebih baik,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan