ARTIKEL

Bomba kesal panggilan kebakaran palsu di Debak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Akibat panggilan kecemasan palsu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong terpaksa membazirkan masa hampir dua jam setelah melalui perjalanan kira-kira 90 kilometer (pergi-balik) ke lokasi dilaporkan berlaku kebakaran.

Ketua BBP Betong Vincent Baling Yabi memberitahu, pihaknya mengambil serius setiap laporan diterima.

Beliau mengaitkan dengan kebakaran di lokasi di Debak, dua minggu lalu.

“Balai dimaklumkan oleh PGO Sarawak setelah menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 yang mengatakan terdapat kebakaran rumah di alamat No. 4B Jalan Kampung Lalang, Kampung Babu, Debak pada 2:10 petang.

“Lalu lapan anggota diketuai PBK II Edwin digegaskan ke lokasi bersama jentera FRT dan EMRS.

“Bagaimanapun, selepas diperiksa tiada kebakaran seperti yang dilaporkan,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Pihaknya jelas Vincent memandang serius panggilan kecemasan palsu tersebut.

Ujarnya, orang ramai diharap tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana menyusahkan pasukan kecemasan.

Turut bergegas ke lokasi Pegawai Operasi BBP Betong Henry Jugah.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya