ARTIKEL

Bomba lancarkan Operasi Kuda Lautperiksa sistem keselamatan premis berfungsi baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melancarkan Operasi Kuda Laut bermula hari ini dengan mengadakan operasi mengejut ke beberapa premis yang ditetapkan di dalam dan di luar bandar raya Miri.

Ketua Operasi, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, operasi tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan sistem pemasangan keselamatan kebakaran (panel kawalan) berfungsi dengan baik di setiap premis yang ditetapkan.

“Operasi pada kali ini dipecahkan kepada lima pasukan dan digerakkan ke premis yang disasarkan.

“Sasaran kami sebanyak 70 premis yang ditetapkan, dan antaranya melibatkan pejabat, kedai, pasar raya, tempat berkumpul dan kawasan perumahan sekitar Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Kuda Laut JBPM Zon 6 Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi yang dijalankan pada tahun ini melibatkan lima ketua balai dan 15 penyelia pasukan daripada lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Lopeng, Miri Sentral, Marudi, Batu Niah dan Lutong.

Sementara itu katanya, pada tahun lalu, sebanyak 33 premis didapati melakukan kesalahan dengan panel kawalan diganggu, disembunyikan dan dinyahaktifkan.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU