ARTIKEL

Bomba potong cincin tersangkut di jari 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Pasukan Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman memerlukan lebih satu jam untuk mengeluarkan cincin yang melekat di jari manis seorang lelaki di Hospital Sri Aman, semalam.

Dalam satu kenyataan malam tadi, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun.

“Kami (BBP Sri Aman) dimaklumkan kira-kira jam 4.37 petang dan sebaik tiba, pasukannya terus membuat pemeriksaan.

“Pasukan Bravo menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin di jari manis tangan kanan mangsa,” katanya.

Jelasnya, operasi yang bermula jam 4.45 petang terkawal sekitar jam 6.05 petang.

“Selepas cincin berjaya dipotong dan dikeluarkan, mangsa diserahkan kembali kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi tamat 6.12 petang.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan