Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Bomba Sarawak beri perhatian kepada kawasan tanah rendah sebagai persiapan hadapi Monsun Timur Laut

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kawasan berisiko banjir dan tanah rendah antara yang diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak semasa program latihan dalam persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berkata, program latihan yang diadakan secara serentak melibatkan 36 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh negeri perlu diadakan dan diberi tumpuan meskipun diadakan keadaan semasa Covid-19.

Katanya, dalam program latihan tersebut, pihaknya menguji 37 buah bot serta mempersiapkan anggota bomba dalam kemungkinan berlaku sesuatu bencana banjir serta mengkaji keadaan dan arus sungai.

“Dalam beberapa perkara yang harus diberikan perhatian oleh pasukan penyelamat bukan sahaja menyelamatkan mangsa malah menyelamatkan anggota penyelamat itu sendiri.

“Selain itu, mereka juga harus memberikan perhatian kepada keadaan arus sungai kerana semasa operasi ia tidak tidak menentu,” katanya kepada pemberita selepas program latihan Monsun Timur Laut, di Tebingan Kuching, hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa