Trending

Bomba Sarikei lakukan operasi nyahcemar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei menjalankan operasi nyahcemar sebagai langkah untuk meningkatkan tahap kebersihan balai berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kerja pembersihan dilakukan oleh anggota balai berkenaan Khamis lalu.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian langkah pencegahan bagi membendung sebarang wabak di samping memastikan kelengkapan balai dalam keadaan bersih dan selamat. “Anggota memberikan komitmen padu sepanjang kerja pembersihan ini dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Mahmudin berkata, selain di dalam balai, kerja pembersihan turut meliputi kenderaan khas, jentera dan bilik kawalan. Operasi yang bermula jam 8.30 pagi itu berjalan lancar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menggesa orang ramai agar meningkatkan tahap keselamatan demi melindungi diri dan keluarga masing-masing.

“Saya juga berharap semua pihak patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berganding bahu bersama-sama kerajaan membenteras penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru