Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Bomba selamatkan anak ikan paus

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pasukan bomba membantu menolak anak ikan paus ke kawasan perairan yang lebih dalam ketika operasi khas di Pantai Kuala Baram.
Pasukan bomba membantu menolak anak ikan paus ke kawasan perairan yang lebih dalam ketika operasi khas di Pantai Kuala Baram.

MIRI: Kehadiran seekor anak ikan paus sepanjang empat meter mengejutkan penduduk Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu disedari penduduk selepas ternampak objek berwarna hitam terdampar di tepi pantai itu sebelum menyedarinya merupakan anak ikan paus.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGOB) berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12 tengah hari tadi.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah diarahkan ke lokasi kejadian dan bertindak menolak haiwan itu ke kawasan laut yang lebih dalam dengan bantuan penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi menyelamat mamalia terbabit.

“Operasi ini dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan haiwan itu cedera selain memudahkannya kembali ke tengah lautan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan