ARTIKEL

Bomba selamatkan lelaki tersangkut pada kren

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tersangkut pada kren ketika menjalankan kerja di sebuah kilang di Taman Perindustrian, Jalan Demak Laut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 2 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Padungan ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati mangsa dalam keadaan sedar masih berada di atas kren pada bahagian bumbung kilang tersebut, dengan anggaran ketinggian tujuh meter.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan memerlukan bantuan untuk turun ke bawah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa berusia 58 tahun itu kemudian berjaya diturunkan dan diberi rawatan awal, sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU