Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Bomba selamatkan lelaki warga emas terkunci dalam kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang dalam keadaan separuh sedar.

SARIKEI : Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap dalam kereta di Jalan Jelutong Barat di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.48 tengah hari sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

Katanya, bomba mendapati mangsa, 66, dalam keadaan separuh sedar di dalam kereta itu.

“Sebagai tindakan susulan, kita bertindak membuka pintu kereta dengan menggunakan beg udara mini.

“Selepas pintu berjaya dibuka, mangsa kemudiannya diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahmudin berkata, pasukan bomba kemudiannya kembali ke balai setelah keadaan terkawal.

Operasi berakhir pada jam 12.56 tengah hari.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru