ARTIKEL

Anggota bomba menguji antara aset yang diperlukan bagi kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2024.

Bomba sudah bersedia hadapi Monsun Timur Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Tahap kesiapsiagaan anggota bomba dan aset dimiliki agensi berkenaan sangat dititikberatkan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2024.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PgKB I Henderi Ardimansyah, pemeriksaan berkenaan adalah amat penting bagi menilai serta mengetahui kesiapsiagaan anggota.

“Tujuan mengadakan pemeriksaan dan ujian ini dilakukan adalah untuk menguji tahap kesiapsiagaan anggota bomba dan aset menghadapi MTL.

“Malah pihak bomba perlu meningkatkan tahap kemahiran dalam pengendalian bot penyelamat dan inflatable bot,” ujarnya.

Beliau bercakap demikian selepas mengadakan lawatan kerja dan naziran serta pemeriksaan aset marin di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas.

Antara aset yang diuji ialah bot aluminium BP60 Mercury, Inflatable bot (IB) 15HP dan 40HP yang dilakukan ke Ulu Sungai Lawas.

Malah semasa ujian berkenaan, Ketua BBP Lawas PPgB Azman Ibrahim sempat memberi penerangan ringkas kepada Henderi berkaitan tatacara pengoperasian IB.

Ini termasuklah kelebihan bot berkenaan ketika operasi mencari dan menyelamat atau operasi waktu banjir dilakukan.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU