ARTIKEL

Bomba tangkap anak buaya sesat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya menangkap seekor anak buaya yang dipercayai tersesat sehingga ke kawasan daratan perumahan di Taman Foh Phin, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya yang menerima paggilan daripada penduduk perumahan itu pada jam.6.48 petang pagi sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

Menurutnya, anak buaya sepanjang dua meter itu dipercayai dari Sungai Bintangor dan tersesat sebelum dijumpai oleh penduduk perumahan berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati memang ada seekor buaya di tepi jalan menuju ke kawasan perumahan itu.

“Untuk menangkapnya, kita menggunakan tali, kain dan penjerut. Operasi ditamatkan setelah buaya berjaya ditangkap dan dibawa ke balai sementara menunggu pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Nicholas berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Bintangor sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya menghubungi Bomba jika terserempak dengan reptilia tersebut.

“Jangan mengambil tindakan sendiri kerana repitilia ini boleh bertindak lebih ganas. Utamakan keselamatan diri sendiri,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Guan Eng ada niat tersembunyi

DEBAK: Dakwaan Sarawak bakal bankrap dalam tempoh tiga tahun oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebenarnya mempunyai niat tersendiri seperti ada udang di sebalik batu.

Jeffrydin kembalikan nostalgia 60-an

BAGI generasi era 60-an dan meminati Pop Ye-Yeh, nama Dato’ Jeffrydin mungkin tidak asing dikalangan peminat. Sempena Agenda Warisan Pintar Old Kuching, Dato’ Jeffrydin bakal

Alta Moda tampilkan fesyen tempatan Sarawak

KUCHING: Alta Moda Sarawak 2019 (AMS) memperkenalkan fesyen-fesyen yang direka oleh pereka tempatan. Malam ini merupakan malam ke-2 program ini berlangsung dan mengetengahkan tema Warisan

BERITA TERBARU

Rebut bidaan nombor plat SWK esok hari

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ada mengeluarkan iklan hari ini untuk bidaan nombor plat Tawau yang unik dan cantik pada 22 Februari, esok hari. Nombor